Berniaga burger jer tapi jualan RM200,000 sebulan








Bermula dengan menjual burger dari bilik ke bilik, kini lelaki berusia 25 tahun ini mampu capai jualan RM200,000 sebulan.

Pada umur 25 tahun, apa yang anda lakukan?  Mampukah anda miliki perniagaan sendiri dengan jualan ratus ribu sebulan?

Kebiasaannya, pada usia 25 tahun orang ramai lebih bercita-cita untuk mencari kerja dengan jawatan yang bagus-bagus di syarikat-syarikat ternama.  Berbeza dengan Tuan Adni, pada ketika usia 25 tahun, beliau dah mampu memiliki pendapatan yang besar hasil dari berniaga burger sahaja.





 Agak-agak anda, berapa biji burger yang perlu beliau jual untuk capai target RM2.6juta setahun, ‘ye?

Taukey KB Burger Bakar ini telah mula berniaga menjual burger dari bilik ke bilik ketika di kolej lagi.  Dari situ, perniagannya mula berkembang. Beliau memang sangat berminat untuk berniaga.  Pengalaman kerja pun semua dalam bidang ‘fast food’. Semuanya demi mendapatkan pengalaman dan persediaan sebelum berniaga sendiri.

Namun, pengalaman sahaja tidak cukup.  Tuan Adni yang pernah menuntut di bidang perakaunan ini berkata, “ketika saya berniaga tanpa ilmu, saya banyak langgar dinding. Banyak buat silap.  Kalau kira-kira balik, banyak yang saya rugi.  Sebelum ada ilmu perniagaan yang betul, semua saya buat sendiri, saya yang beli barang, saya yang masak burger, semua saya buat.

Sumber azizanosman.com



* Nak belajar rahsia bisnes burger yang betul dari usahawan bisnes burger yang berjaya buat duit jual burger 5 angka sebulan? Jom baca ilmu PANDUAN BISNES BURGER

 

Comments