UNTUNG KER BISNES JUAL BURGER?

UNTUNG KER BISNES JUAL BURGER?






Panduan Perniagaan Burger
Peluang Perniagaan Dan Pendapatan Sampingan Dengan Jual Burger


PERNIAGAAN PASAR MALAM |KERJA SAMBILAN |
PERNIAGAAN BULAN PUASA | BAZAR RAMADHAN HOT
.
.
.
Ini adalah contoh Kiraan kasar untuk hasilkan 100 biji burger

Roti burger, beli ikut paket… 1 paket @ RM2.50 (tengok brand), so untuk 100 biji kena beli 10 paket jadi jumlah kos RM2.50 X 10 = RM25.00.
.

Daging/Ayam burger, beli ikut paket… 1 paket @ RM3.50 (tengok brand juga), so untuk 100 biji kena beli 10 paket jadi jumlah kos RM3.50 X 10 = RM35.00.
.

Sayur-sayuran seperti timun, bawang, tomato dsb.nya, anggaran kos lebih kurang RM10.00.
Telur, tak perlu beli seratus biji untuk seratus burger sebab bukan semua customer akan minta burger special yang ada telur.  So, katakan beli 30 biji saja. Harga sebiji 30 sen, so 30 biji X RM0.30 = RM9.00.
.

Sos cili, sos tomato dan mayonis, anggaran kos bahan-bahan ini untuk buat 100 burger lebih kurang RM20.00.
Kertas pembalut, tisu dan beg plastik, anggaran kos RM10.00.

So, jumlah keseluruhan kos untuk 100 burger ialah:
RM25 + RM35 + RM10 + RM9 + RM20 + RM10 = RM109.00

Selalunya orang meniaga burger ni (especially part-time) buka pada sebelah petang hingga ke malam.  Contoh waktu perniagaan 6 ptg – 12 mlm atau 8 mlm -1 pagi dsb.nya bergantung kepada permintaan dan hari biasa atau hari minggu.
.




 Kita andaikan purata tempoh perniagaan ialah 4 jam sehari (8 mlm hingga 12 mlm).  Dalam sejam berniaga, rasanya tiada masalah untuk menjual 25 biji. So, untuk 4 jam jumlah burger yang dijual = 25 x 4 jam = 100 biji.

Jumlah jualan ini sebenarnya bergantung juga kepada lokasi.  Kalau dapat lokasi strategik seperti di kawasan taman perumahan yang ramai penduduk @ pelajar ataupun di hadapan kedai 24-jam (contohnya 7-eleven) tentu 25 biji sejam tiada masalah.
.
 Selain itu, di awal pembukaan gerai mungkin sangat kurang jualan.  Tapi lama-kelamaan bila ramai orang dah tahu bahawa di situ ada dijual burger, potensi pelanggan akan turut meningkat!
.

So, katakanlah dapat jual 100 biji setiap hari.  Harga purata sebiji ialah RM2.50, jadi jumlah jualan sehari = RM2.50 x 100 = RM250.00.

Berapa untungnya?  RM250 – RM109  = RM141 !

Katakan juga berniaga 6 hari dalam seminggu (cuti sehari cukuplah kan).  So, sebulan = 6 x 4 minggu = 24 hari berniaga.

Untung sebulan = 24 hari x RM141 = RM3,384 !! Memang untung jual burger nie (kalau pandai urus duit ler)
.
So, jangan pandang ringan pada potensi meniaga burger ni. Sekiranya kita rajin berusaha, insyaAllah satu hari pasti akan berjaya.
.
.
* Nak belajar rahsia bisnes burger yang betul dari usahawan bisnes burger yang berjaya buat duit jual burger 5 angka sebulan? Jom baca ilmu PANDUAN BISNES BURGER

Comments