ROMPIN – Makanan segera seperti burger tetap mendapat sambutan walaupun dalam bulan Ramadan hinggakan peniaga tidak menang tangan untuk menyediakan setiap pesanan pelanggan.
Peniaga burger, Muhamad Hafizuddin Md Ramli, 26, berkata, kira-kira 100 biji burger pelbagai jenis boleh dijual dalam satu malam namun tidak dinafikan pada awal Ramadan jualan burger di gerainya agak perlahan.
“Kalau ikutkan bulan puasa memang orang tak makan sangat burger sebab mungkin banyak makanan lain selain ada moreh di masjid atau surau. Tapi bulan puasa kali ini agak berlainan sebab jualan agak laris terutama selepas selesai solat tarawih sekitar jam 10 malam tapi tetap bermula perlahan sewaktu di awal Ramadan.

“Sekarang sudah boleh cecah kira-kira 100 biji semalam dan kalau kena nasib rezeki lebih boleh jual lebih daripada 100 biji. Saya kira memang banyak peningkatan berbanding awal Ramadan yang hanya cecah 50 biji semalam,” katanya.
Dia yang mewarisi perniagaan Allahyarham ayahnya yang meninggal kira-kira 4 tahun lalu itu memilih untuk berniaga burger sepenuh masa berhampiran stesen bas Kuala Rompin walaupun sebelum ini pernah bekerja di sebuah syarikat di sini.
Menurutnya, berniaga burger mempunyai banyak risiko namun perniagaannya itu sudah agak stabil kerana sudah dikenali penduduk setempat dan gerainya juga satu-satunya gerai burger yang tutup paling lewat iaitu sehingga jam 2 pagi.
Sumber Sinar Harian
* Nak belajar rahsia bisnes burger yang betul dari usahawan bisnes burger yang berjaya buat duit mudah 5 angka sebulan? Jom baca ilmu PANDUAN BISNES BURGER

Comments
Post a Comment