Strategi Mancari Lokasi Berniaga Burger


Strategi Mancari Lokasi Berniaga Burger. Saya nak berkongsi sedikit lokasi yang sesuai dan strategi untuk berniaga burger secara kecil-kecilan di tepi jalan.





Strategi Mancari Lokasi Berniaga Burger

Dalam apa jua perniagaan pun, pemilihan lokasi yang sesuai adalah salah satu kejayaan besar perniagaan apatah lagi perniagaan yang kita jalankan itu perniagaan makanan . Ia antara penentu burger anda itu sentiasa terjual sehingga habis. Jadi, di manakah lokasi yang sesuai untuk memulakan bisnes burger ini? Jom saya kongsikan senarai lokasi yang sesuai untuk buat duit dengan bisnes burger.


-


Lokasi pertama adalah PASAR MALAM

Lokasi ini antara tempat kegemaran untuk membangunkan gerai burger anda. Sebabnya ia menjadi tempat tarikan pengunjung dan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai. Usaha sehingga dapat tapak menjual di pasar malam..


-Lokasi kedua adalah TEPI JALAN UTAMA

Lokasi ini juga menjadi pilihan, berniaga di tepi-tepi jalan utama dan sibuk dengan aktiviti harian warga kota. Untuk itu, pohon lesen berniaga dari pihak yang sepatutnya.


-Lokasi ketiga adalah KAWASAN PASAR RAYA BESAR

Kalau anda dapat tempat berniaga burger sekitar pasaraya besar yang sememang menjadi tumpuan ramai, satu kelebihan untuk anda, lebih-lebih lagi gerai anda dikawasan hadapan pasar raya tersebut..


-Lokasi keempat adalah DEPAN RUMAH

Jika rumah anda berhampiran dengan jalan utama, ambil peluang ini untuk berniaga. Ia lagi mudah untuk diuruskan kerana berdekatan dengan anda atau gaji pekerja yang boleh membuat bisnes burger untuk anda..


-Lokasi kelima adalah KAWASAN STESEN BAS ATAU TEKSI

Penumpang-penumpang yang datang dan pergi selalunya kelaparan bila sampai di stesen perhentian, lebih-lebih lagi yang perjalanan jauh. Biasanya mereka teringin memakan makanan yang biasa-biasa dan panas. Jadi, anda boleh memilih lokasi di situ..


Anda nak belajar lebih detail rahsia bagaimana menjual burger tepi jalan boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan? Klik gambar bawah tu

Comments