Berapa jumlah modal yang diperlukan untuk membuka gerai burger?
Jika anda ingin membuka gerai burger, anda perlu membeli dan menyediakan kelengkapan, dari sebuah gerai, dapur memasak, meja, lampu, dan perkakas memasak yang lain. Semuanya boleh dibeli di kedai pengedar produk dapur, gudang, ataupun online seperti Shopee
Baca kat sini >> Panduan BisnesBurger
Anggaran kos
Anda memerlukan modal pendahuluan sekitar RM5,000 – RM6,000, bergantung kepada jenama dan kualiti peralatan yang anda inginkan:
- Purata harga sebuah gerai burger: RM2,000 – RM3,000
- Purata harga dapur memasak: RM200 – RM500
- Harga lampu: Sekitar RM50
- Purata harga peralatan memasak: RM500 – RM800
Anda juga perlu menyediakan bajet sekitar RM200 – RM400 sebulan, untuk bahan mentah seperti:
- Roti burger
- Marjerin
- Mayonis
- Keju
- Serbuk lada sulah
- Sos cili
- Sos Worcester
- Daging lembu dan ayam
- Telur
Berapa banyak burger yang boleh anda jual dalam sehari?
Jumlah burger yang boleh anda jual bergantung kepada beberapa factor seperti lokasi gerai, dan juga kualiti burger. Kami cadangkan anda pilih lokasi seperti persimpangan jalan di kawasan perumahan, berdekatan kedai Mamak, kafe siber, rumah flat, ataupun kedai serbaneka. Lokasi seperti ini dikenalpasti antara lokasi ‘panas’ yang boleh menarik pelanggan.
Sebiji ‘Burger Ayam Special’ berharga RM4 hingga RM5 boleh dijual sebanyak 20 – 30 biji sehari, bergantung kepada jumlah pelanggan anda. Oleh itu, pendapatan harian yang boleh anda raih sekurang-kurangnya RM80. Jika anda membuka gerai setiap hari (tanpa mengambil cuti), dalam sebulan anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,400. Untuk mendapatkan lebih dari itu, anda perlu menarik lebih ramai pelanggan, atau tingkatkan waktu operasi.
Anggaran untung bersih sebulan
Formula 1:
RM2,400 (pendapatan) – RM400 (kos bahan mentah dan operasi sebulan) = RM2,000 (Untung Bersih)
Jangan lupa tentang modal permulaan anda. Untuk memastikan anda mendapat balik modal, ia mungkin mengambil masa sehingga antara 6 – 12 bulan. Anda boleh bahagikan kos pendahuluan tersebut kepada 6 bulan atau 12 bulan untuk mengetahui jumlah untung bersih sebenar.
Jika anda menggunakan kiraan 12 bulan:
RM5,000 / 12 bulan = RM417
Formula 2:
RM2400 (Pendapatan) – RM400 (Kos baham mentah sebulan) – RM417 (Kos pendahuluan sebulan): RM1,583
Pengiraan formula 2 hanya boleh diguna pakai sehingga anda mendapat balik modal. Selepas tempoh tersebut, anda boleh menggunakan formula 1 untuk merancang strategi jualan burger di gerai anda bagi mencapai untung bersih. Formula 2 juga boleh bantu membuat anggaran balik modal, pendapatan dan untung sekiranya anda membeli peralatan baru untuk menambah baik gerai.
Pro dan kontra membuka gerai burger
Seperti kerjaya lain, membuka gerai menjual burger ada pro dan kontranya. Rujuk senarai dibawah utuk membantu anda membuat keputusan sebelum menceburi bidang ini:
Pro:
- Jadual yang fleksibel. Anda boleh tentukan waktu operasi gerai dan lokasi, disebabkan saiz yang kecil.
- Merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Ini peluang untuk mengenali jiran dan komuniti tempat tinggal anda.
- Pada hari tertentu, anda boleh menjual lebih dari jumlah kebiasaannya. Contohnya, jika ada majlis keramaian, ataupun acara seperti perlawanan bola sepak atau pertandingan sukan. Ambil peluang untuk buka gerai disana.
- Anda tetapkan peraturan kerja sendiri. Dari pakaian, prosedur, hingga ke bonus, jika anda memiliki gerai tersebut sepenuhnya.
Kontra:
- Jumlah pelanggan yang tidak menentu: Anda tidak semestinya akan mendapat puluhan pelanggan setiap hari. Ia bergantung kepada banyak faktor, ada kemungkinan anda tidak dapat menjual sebiji burger pun dalam sehari. Ini boleh mengganggu proses untuk membuat anggaran untung dan belanja pada tempoh akan datang.
- Cuaca: Antara faktor yang akan mendatangkan kesan kepada jumlah pembeli, seperti hujan lebat. Cuaca yang buruk juga boleh mendatangkan kerosakan ke gerai burger anda.
- Faktor keselamatan: Anda patut mengambil kira keselamatan lokasi sebelum berniaga. Risiko keselamatan yang paling besar sudah tentulah kecurian wang jualan.
- Tempoh balik modal: Seperti yang diterangkan diatas, tempoh balik modal boleh mencecah sehingga 12 bulan. Tempoh yang lama ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, pelaburan anda dalam perniagaaan ini sia-sia.
Bagaimana ingin jadikan bisnes burger anda sebagai sumber pendapatan pasif anda. Anda mahu, walau anda tiada di gerai burger, atau anda sedang tidur sekalipun, duit tetap masuk!
Comments
Post a Comment